Friday, March 14, 2008

SENI YANG DIROGOL

Tatkala terpampang muka peraih undi sms dari AF... one in the milion ...
terdetik dihati kecil saya apa sudah jadi dengan definisi seni? seni itu menangis tak tentu arah tuju kenapa aku menangis? aduh senang benar manusia abad ke 21 ini menangis.

Terserempak bapak rock malaysia main gitar sambil tadah topi lusuh di pasar seni bukan senang beb. walaupun pada tahun 80an bapak rock menyanyi dalam lubang untuk filem kembara seniman jalanan . tapi itu lain beb. itu orang seni yang berlakon. ini adalah orang seni yang berdiri sebab nak meluahkan sesuatu. INI ADALAH ISYARAT DARI SENIMAN. itupun kalau rakyat Malaysia faham dan mengkaji definisi seni.

jika sekarang suda ada yang membawak mak bapak pergi menangis, angkat sepanduk , hantar sms untuk undi apa akan jadi dengan seni 10 akan datang?

berapa kerat dari budak budak AF, one in the milion berjiwa seni? atau hanya nak kejar popular yang plastik-sekadar meminjam kata kata Othman Tikus.

oh mungkin inilah yang diingikan oleh rakyat melayu di Malaysia, tatkala mendifinisikan seni. SENI itu mudah. dan kerana fikir nak mudah. negara tergadai kepada kapitalis. Ah mungkin aku pula yang bercakap seorang diri.

berapa banyak puisi yang ditulis mawi? faizal tahir? angkatan muda seniman yang dicetak streotaip. tapi mereka ini kaya. duit ada. terkenal dah macam ulamak.

aku bukan mengatakan diri aku sujud pada ulamak. tapi kalau nak menyanyi nyanyi ajela, tak payah nak candu agama untuk dapat peluang undi sms? ah hina sial.

bush sendiri tak tak kata dia kristian yang beramal baik untuk raih undi presiden.

wei kita melayu dan islam beb. sendiri mau ingat. buat baik senyap sudah.

No comments: